Monday, October 27, 2014

SELAMAT BERTANDANG KE BLOG SEJARAH CIKGU LIM CHIN GUAN



Cikgu ingin mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada para murid dan guru2 yang sudi mengunjungi Blog Sejarah ini. Semoga Blog yang dibangunkan ini dapat membantu persediaan kalian untuk mencapai kecemerlangan dalam subjek SEJARAH.

Dikesempatan ini, cikgu ingin mengucapkan SELAMAT BERJAYA kepada calon2 yang akan menduduki peperiksaan awam pada tahun ini. Persediaan awal adalah kunci kepada kejayaan. Kerajinan dan ketekunan pasti menjanjikan kejayaan yang begitu manis. Doa cikgu akan sentiasa mengiringi sepanjang perjalanan dan perjuangan kalian dalam menempuhi peperiksaan yang amat mencabar ini.

BLOG SEJARAH CIKGU LIM CHIN GUAN



Ramai murid sering mengeluh betapa sukarnya untuk menguasai subjek Sejarah. Fakta yang banyak termasuk tarikh menyebabkan murid berasa bosan. Guru-guru pula mendapati adalah sukar untuk menanamkan minat terhadap Sejarah dalam kalangan murid. Cikgu     benar2 faham dengan keadaan ini. Sebagai seorang guru sejarah yang telah mengajar subjek ini selama 20 tahun dan kini sedang mengajar subjek ini di sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan, cikgu sedar betapa sukar untuk mengajar subjek ini khususnya kepada para pelajar bukan Melayu. Cikgu sering dihujani dengan pelbagai soalan bukan sahaja  dari kalangan murid tetapi juga rakan2 guru. Justeru, blog ini dibangunkan untuk membantu para pelajar dan guru2 dalam proses P&P mereka.

Diharapkan apa yang terkandung dalam blog ini dapat membantu guru-guru, pelajar dan sesiapa sahaja yang berkehendakkan kelainan dalam pengajaran dan pemelajaran SEJARAH. Apa yang lebih penting ialah blog ini diharapkan dapat membantu pencapaian akademik murid, khususnya dalam mata pelajaran Sejarah.

Jika terdapat sebarang komentar, pertanyaan dan perkongsian ilmu, anda dialu2kan untuk menghantar email kepada saya di cglim2011@hotmail.my

Bersama-samalah kita berusaha ke arah MEMARTABATKAN dan MENDAULATKAN mata pelajaran SEJARAH demi melahirkan insan yang patriotik dan berguna buat negara, bangsa dan agama

LIM CHIN GUAN

PERCUBAAN MELAKA

1. KERTAS 1 - Soalan, Skima
2. Kertas 2 - Soalan, Skima
3. Kertas 3 - Soalan, Skima

MODUL SUKSESS PENANG

1. TING 4
2. TING 5

MODUL PERLIS

1. Modul Ulangkaji